Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Filem House Of Gucci arahan Ridley Scott, yang dibintangi oleh Lady Gaga, Adam Driver dan Al Pacino mendapat kriikan pedas yang pertama dan kritikan ini datang dari keluarga Gucci yang tidak senang dengan cara keluarga mereka digambarkan di dalam filem terbabit. Filem yang sudah mula ditayangkan pada minggu lalu di pawagam seluruh dunia mengisahkan pembunuhan ahli keluarga Maurizio Gucci, yang ditembak mati pada 1995 di pejabatnya di Milan oleh seorang pembunuh upahan yang diupah oleh isterinya, Patrizia Reggiani.
Jeremy Irons, yang memegang watak bapa Rodolfo Gucci, berkata dalam temu bual dengan Reuters bulan ini, cerita keluarga Gucci sangat menarik dan sukar untuk ditolak, sambil menggambarkan bahawa keluarga Gucci sebagai orang yang berani, gila dan ‘sangat Itali’. Namun salah seorang ahli keluarga Aldo Gucci, anak kepada pengasas syarikat Guccio Gucci, sama sekali tidak bersetuju…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
