Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keluarga Neymar Jadi ‘Penyelamat’ Santos, Ini Sebabnya

today28 August 2026

Background
Neymar


Santos secara rasmi terlepas daripada sekatan perpindahan FIFA selepas agensi keluarga Neymar, NR Sports tampil dengan bantuan kewangan buat kelab berkenaan.

Suntikan dana tersebut membolehkan kelab Brazil itu melangsaikan hutang tertunggak berjumlah £1.7 juta kepada Monaco berkaitan perpindahan Jean Lucas.

Keadaan itu sekali gus membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu dalam usaha menjauhkan diri daripada ancaman penyingkiran.

Susulan bantuan penting diberikan NR Sports itu, terdapat balasan bakal dijanjikan Santos sebagai tanda terima kasih.

Menurut sumber laporan Goal, pengurusan kelab mengesahkan penarikan sekatan perpindahan tersebut menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Khamis.

Keluarga Neymar ‘Selamatkan’ Santos

Menjelaskan penyelesaian kewangan berkenaan dalam kenyataan rasmi mereka, Santos berkata:

“Santos FC telah menyelesaikan sekatan perpindahan dan kini kembali bebas untuk beroperasi dalam pasaran perpindahan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post