Alor Setar: Keluarga tahanan Penjara Alor Setar di sini, diminta tidak terlalu bimbang berikutan penularan Covid-19 di dalam penjara itu yang semakin terkawal dan sudah berada di penghujung.
Pengarah Penjara Alor Setar Raja Mohd Amazon Raja Daud berkata, keadaan itu didorong usaha keras semua pihak terutama kakitangan penjara dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, selain itu pelbagai pihak turut tampil membantu meringankan beban yang dihadapi pihaknya sejak tercetusnya…