Segalanya kelihatan seperti tidak berjalan dengan baik buat England menjelang aksi ketiga kumpulan C kejohanan Euro 2024 bertemu Slovenia.
Ia jelas dibuktikan dengan dua aksi awal yang kurang meyakinkan serta keputusan pengurus pasukan, Gareth Southgate meletakkan Trent Alexander-Arnold hingga menyebabkan beliau dikecam banyak pihak.
Baca Juga:
Masalah itu disulitkan lagi dengan kecederaan Luke Shaw yang bakal menyaksikan beliau akan terlepas aksi hingga selesai kempen di Jerman itu serta pergaduhan kecil Kieran Trippier dengan Kyle Walker ketika sesi latihan.
Keadaan itu menyaksikan ketua pasukan, Harry Kane memanggil kesemua 25 pemain lain untuk berbincang dengan lebih dekat serta dari hati ke hati tanpa melibatkan barisan kejurulatihan, seperti dilaporkan Goal.
Enggan melihat perkara negatif tersebut mengganggu kempen pasukan, Kane mahu masalah-masalah itu diselesaikan dengan baik dan segala kelemahan dapat diperbaiki.
Dalam perkembangan sama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: