Kool FM

Kemahiran Baharu Bantu Wanita Harungi Pandemik

Kerajaan perlu mempertingkatkan usaha memberikan kemahiran baharu kepada wanita terutama selepas pasca COVID-19. Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma, berkata ini berikutan wanita banyak berdepan cabaran terutama ketika penularan COVID-19 dan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dengan kemahiran baharu, wanita akan bersedia dan dapat menceburi bidang ekonomi pasca-COVID-19. “Wanita banyak menghadapi banyak cabaran terutama berhubung akses kepada penjagaan kesihatan dan maklumat, kehilangan pekerjaan, tambahan beban kerja rumah serta risiko keganasan domestik.

Untuk baca selanjutnya, klik link ini.

Exit mobile version