PETALING JAYA – Majlis Getah Malaysia (MRC) komited untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport utama produk getah dengan tumpuan terhadap kualiti dan kemampanan.
Bagi mencapai misi tersebut, MRC aktif menggalakkan pemain terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab melalui inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sambil membina hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Suparadi Md Noor berkata, dengan jumlah pengguna yang kini semakin ramai menuntut produk yang mampan dari segi alam sekitar dan etika, usaha ini akan membawa kepada permintaan global yang semakin kukuh untuk kemampanan yang terus berkembang.
Menurut beliau, sehingga tahun 2022, Malaysia menduduki tempat kelapan di peringkat global dalam pengeluaran getah.
Pada tahun lalu, negara memperoleh RM27.16 bilion daripada eksport getah, dengan 70 peratus (RM19.04 bilion) datangnya daripada sarung tangan getah.
“Barangan getah Malaysia dieksport ke 190 buah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
