Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan bahawa negaranya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan selepas kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, yang didakwa dibunuh oleh Zionis.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh televisyen rasmi Israel, Netanyahu mengingatkan bahawa setiap serangan terhadap Israel akan dibalas dengan tegas.
“Warga Israel, hari-hari penuh cabaran akan tiba. Sejak serangan di Beirut, ancaman kedengaran dari segala arah,” ujar Netanyahu dalam pernyataan yang dipetik oleh Times Of India.
“Kami siap untuk sebarang senario dan kami akan bersatu melawan sebarang ancaman. Israel akan mengenakan harga yang mahal untuk setiap agresi terhadap kami dari mana-mana pihak,” tambah Netanyahu yang berusia 74 tahun itu.
Netanyahu turut menyatakan bahawa Israel telah memberikan serangan balas kepada proksi Iran, termasuk Hamas dan Hizbullah, dalam beberapa hari terakhir.
Namun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: