Site icon Kool FM

Kematian Kanak-Kanak Autisme, Adik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh


Berita sedih daripada perkembangan adik, Zayn Rayyan, seorang kanak kanak autisme yang dilapor hilang sejak Selasa lalu.

BERNAMA melaporkan bahawa adik Zayn Rayyan telah ditemui meninggal dunia malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai, 10 malam semalam.

Sungai tersebut kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Kanak- kanak autisme hilang ditemukan meninggal dunia

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sebanyak 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membabitkan kawasan belukar dan longkang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version