Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Kembalikan Keyakinan Diri Jadi Keutamaan Buat Syafiq Ahmad

today28 December 2021

Background
Syafiq Ahmad




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Hanya satu sahaja menjadi matlamat penyerang baharu Kedah Darul Aman KDA FC, Syafiq Ahmad iaitu segera mendapatkan momentum serta keyakinan pada musim 2022.

Bagi penyerang berusia 26 tahun ini, dia tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang buat pasukan dengan meletakkan sasaran angka jaringan tertentu.

Dalam masa sama, Syafiq akui tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana dapat bermain semula dengan bekas pasukan yang telah ditinggalkan pada empat tahun lalu.

“ Sememangnya saya bersyukur kerana dapat kembali ke Kedah malah dengan kesungguhan ditunjukkan pengurusan, itu juga menjadi faktor saya kembali ke sini dan rasa gembira kerana masih ada orang berminat dengan khidmat saya.

“ Dalam masa sama, saya mahu mahu beri penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sudi beri perkenan untuk saya ke Kedah selain serta berikan sokongan dari belakang tidak kira apa jua situasi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post