Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Chelsea terus berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 apabila mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Watford pada aksi ke-14 yang berlangsung di Vicarage Road, sebentar tadi.
Kemenangan ke-10 dilakarkan Chelsea itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah selepas pasukan tuan rumah memberikan tekanan hebat buat barisan pemain kendalian Thomas Tuchel tersebut.
Ia jelas dibuktikan apabila Watford mendapat peluang keemasan seawal minit kelima yang menyaksikan hantaran lintang cantik daripada Kiko Femenia terkena Cesar Azpilicueta dalam usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Bola yang menuju ke gawang Chelsea dengan cukup berbahaya itu bagaimanapun berjaya ditepis dengan baik penjaga gol, Edouard Mendy untuk menyelamatkan gawangnya dairpada dibolosi.
Ketika aksi memasuki minit ke-13, perlawanan terpaksa dihentikan hampir 30 minit selepas salah seorang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: