Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Kempen Abaro sokong komuniti B40 dan Orang Asli

today28 June 2024

Background


PETALING JAYA – Jenama kasut tempatan, Abaro menamatkan kempen Kembali Ke Sekolah yang berlangsung selama tiga bulan baru-baru ini, yang mana syarikat komited untuk menyumbang RM1 bagi setiap pasang kasut sekolahnya yang terjual sepanjang tempoh kempen bagi memanfaatkan pelajar kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Operasi Abaro, Kevin Soh berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka panjang syarikat, iaitu ‘Shoes For You. Hopes For Them’ dan bakal mengagihkan kasut sekolah kepada 1,000 pelajar dari komuniti B40 dan Orang Asli secara berperingkat.

“Memandangkan Abaro terletak di Klang, bantuan akan disalurkan di kawasan berdekatan bermula dengan dua sekolah rendah di Klang dan satu sekolah di komuniti Orang Asli di Jenjarom.

“Sebanyak 300 pelajar akan menerima bantuan kasut sekolah bagi fasa pertama pada bulan Julai nanti.

“Kami merancang untuk memperluaskan bantuan ini dalam sumbangan seterusnya ke sekolah-sekolah lain di kawasan Lembah Klang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post