Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

KEMPEN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BMSS) 2025

today22 September 2025

Background

Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Kempen Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025 sepanjang bulan September dan Oktober ini.

Siri jelajah penutup akan diadakan di Sunway Putra Mall pada 24 hingga 26 Oktober 2025.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk karnival, program jelajah, acara 10,000 langkah, aktiviti Outreach WoW dan Open Day BMSS@Wellness Hub. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan secara meluas di peringkat komuniti, tempat kerja serta institusi pendidikan dengan kerjasama rakan strategik.

Ikuti siri jelajah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025 seperti jadual di bawah:

  1. AEON Mall AU2, Setiawangsa : 19 – 21 September 2025
  2. AEON Mall Rawang : 27 – 28 September 2025
  3. Wangsa Walk Mall : 4 – 5 Oktober 2025
  4. Mydin USJ : 10 – 12 Oktober 2025
  5. Quaysidemall : 10 – 12 Oktober 2025
  6. Melawati Mall : 17 – 19 Oktober 2025
  7. Sunway Putra Mall : 24 – 26 Oktober 2025

Info lanjut di media sosial @MyHEALTHKKM 

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post