Permintaan kumpulan darah O semakin meningkat, tampil menderma darah di Pusat Darah Negara sekarang! Teruskan menderma darah secara berkala bagi memastikan keperluan pesakit sentiasa berterusan.
Bantu Pusat Darah Negara untuk mengekalkan stok darah di tahap yang optimum.
Layari laman web pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. Orang ramai juga boleh menghubungi pusat kutipan darah yang berhampiran untuk maklumat lanjut.