Site icon Kool FM

Kempen kesedaran kebersihan di 400 sekolah


PETALING JAYA – Dettol Malaysia melancarkan kempen ke­sedaran awam bertemakan Dettol Purpose Programme 2022 bertujuan mendidik pelajar untuk mengamal dan mengekalkan tabiat kebersihan bermula dari usia muda.

Kempen yang dijayakan bersama Kementerian Pendidikan dan bermula pada pertengahan bulan lalu itu akan dilancarkan di lebih 400 buah sekolah dan me­nyasarkan penglibatan sehingga 100,000 pelajar berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Pengurus Besar Serantau Reckitt Malaysia, Singapura dan Vietnam, Gonzalo Balcazar berkata, memandangkan tahap pencemaran semakin meningkat dan pelbagai penyakit kian muncul, maka kanak-kanak perlu belajar teknik mencuci tangan yang betul pada usia awal bagi memupuk tabiat sepanjang hayat.

“Amalan mencuci tangan secara kerap adalah salah satu cara terbaik untuk menghapuskan kuman dan mencegah penularan kuman kepada orang lain,” kata­nya dalam kenyataan.

Balcazar menerangkan, melalui inisiatif tersebut, Dettol akan memperkenalkan Hygiene…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version