Site icon Kool FM

Kempen Maggi sumbang 50,000 pek makanan


PETALING JAYA – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, kempen Maggi Sah Malaysia kembali bagi menyuntik semangat positif di seluruh negara dan menghidupkan semula memori indah yang tercipta bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

Diilhamkan daripada paparan solidariti rakyat Malaysia di te­ngah kesukaran berdepan pandemik Covid-19, Maggi Sah Malaysia diperkenalkan tahun lalu untuk meraikan kecekalan dan ketabahan masyarakat serta­ menghimpun sokongan bagi golongan memerlukan.

Sejumlah 50,000 kit makanan telah disumbangkan kepada golongan B40 melalui Peraduan Maggi Sah Malaysia Beli & Ber­amal pada tahun lalu.

Masuk tahun kedua, Peraduan­ MAGGI Sah Malaysia Beli & Ber­amal membawa matlamat sama untuk menyumbangkan 50,000 lagi kit makanan kepada golo­ngan B40 di seluruh negara.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, pihaknya berbesar hati kerana telah menjadi sekutu di dapur rakyat Malaysia selama 50…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version