PETALING JAYA – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menjadikan sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini lebih istimewa dengan kempen ‘Seribu Rasa, Satu Cinta’ yang menampilkan peraduan Beli & Menang dengan hadiah bernilai RM20,000.
Selain peluang memenangi baucar percutian domestik dan kredit Touch ‘n Go eWallet, pelanggan juga boleh mendapatkan Set Bundle Merdeka eksklusif Shopee, Lazada dan TikTok Shop di Ajinomoto (Malaysia) Berhad, masing-masing menampilkan empat pinggan edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik tempatan.
Menurut AMB, kempen berkenaan merupakan penghormatan khas terhadap perpaduan di negara ini yang disampaikan melalui makanan dengan meraikan kepelbagaian warna-warni budaya dan cita rasa negara.
“Diadakan sempena Merdeka dan Hari Malaysia, ia menggabungkan tradisi asli, kemeriahan perayaan, dan mesej kebersamaan, mengingatkan kita bahawa walaupun kita mempunyai seribu rasa, kita berkongsi satu cinta untuk Malaysia,” katanya dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: