Sewaktu musim pandemik COVID-19, banyak perubahan gaya hidup dapat kita lihat. Antaranya, pemakaian pelitup muka ke mana saja, beratur di luar kedai bila membeli barang, tidak bersalaman dan sebagainya.
Apa yang menjadi isu utama sekarang adalah pembelian barangan harus dipraktikkan dengan cara layan diri supaya dapat mengurangkan kontak dengan orang ramai. Jadi, Kool Talk pagi tadi menghubungi Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin bagi membincangkan isu ini.
Sumber: kapital
Menurutnya, lapan tahun dahulu pihak pasaraya Mydin adalah pasaraya yang terawal menggunakan teknologi membayar dengan cara self scan tapi mungkin terlalu maju mengakibatkan pelanggan tidak mahu menggunakannya.
“Selepas dua tiga tahun pihak kami melihat pelanggan kurang menggunakan sistem teknologi self scan ini jadi kami tarik semula penggunaanya tapi sekarang bila musim COVID-19 kami letak semula sebab kita yakin orang akan guna.

Sumber: cariangoogle
Sekarang kami gunakan self scan di mana jika pelanggan beratur panjang untuk pembayaran dan akan ada staf kami datang untuk scan barang pembelian mereka pada bakul. Tinggal nak pergi bayar je,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan keburukkan self scan di mana pelanggan mengelat untuk membayar. Untuk dengarkan lebih perbincangan ini, klik di sini.