Menerusi posting di laman X, sekumpulan remaja sedang meluangkan masa di karaoke untuk bernyanyi.
Namun, salah seorang rakan mereka memilih lagu Sephia untuk dinyanyikan. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sampai saja bahagian chorus, skrin TV terpadam. Kemudian, ada pula suara pelik seperti mengilai didengari daripada mikrofon.
Mereka masih menganggap tiada kejadian aneh dan berfikiran positif. Namun, keesokan harinya ada pula lagu Sephia itu disimpan di media sosial IG dan TikToknya. Perkara itu membuatkan ramai meremang.
Untuk rekod, lagu Sephia pernah dilabelkan lagu berhantu kerana kejadian di sebalik pembuatan lagu itu. Lagu tersebut diciptakan untuk seorang peminat yang telah meninggal dunia.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: