Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kena Terima Hakikat Bahasa Inggeris Penting Untuk Kejayaan Malaysia’ – Anwar Ibrahim

today10 September 2025

Background
'Kena Terima Hakikat Bahasa Inggeris Penting Untuk Kejayaan' – Anwar Ibrahim


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan perlu menggandakan usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

Beliau menegaskan bahawa kemahiran berbahasa Inggeris amat penting bagi daya saing masa depan Malaysia dan tidak boleh dipandang ringan, petik The Malay Mail.

Baca Juga:

Beliau berkata sedemikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 Kumpulan AmBank baru-baru ini.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris adalah terlalu kritikal, sangat penting dalam hal ini. Ini bermaksud Kementerian Pendidikan mesti mengambil langkah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Anwar menegaskan semula bahawa Bahasa Malaysia tetap menjadi bahasa kebangsaan dan mesti diperkukuh sebagai faktor penyatuan.

“Saya tidak boleh terima rakyat Malaysia yang tidak mahir dalam bahasa Melayu. Ia bahasa kebangsaan kita, dan kita mesti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post