PETALING JAYA – Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) berasa bimbang tentang cadangan pelaksanaan caj penghantaran minimum standard bakal mengurangkan aktiviti pembelian dalam talian sekali gus memberi kesan ketara dan negatif kepada usahawan mikro tempatan serta ekonomi digital secara keseluruhan.
Kerisauan ini timbul selepas persatuan menganjurkan satu tinjauan di seluruh negara yang dijalankan dengan melibatkan 720 pengguna dalam talian baru-baru ini.
Keputusan tinjuan tersebut mendapati 89.3 peratus responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan caj penghantaran minimum standard yang lebih tinggi, dengan majoriti memilih kos penghantaran serendah mungkin tanpa mengira jenama kurier.
Ia juga mendedahkan bahawa 93.5 peratus responden berkemungkinan akan mengurangkan atau menghentikan pembelian dalam talian sekiranya harga penghantaran meningkat.
Selain itu, 59 peratus menyatakan mereka akan membeli dengan jumlah yang lebih sedikit sekiranya caj penghantaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: