PETALING JAYA – Marine & General Berhad (M&G) mencatat pendapatan sebanyak RM91.2 juta bagi suku berakhir 31 Julai 2024, naik sebanyak 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pertumbuhan ini dipacu oleh kenaikan kadar sewa bagi kapal sokongan pesisir laut (OSV) seiring dengan peningkatan aktiviti dalam aktiviti penggerudian serta perkembangan ekonomi yang semakin baik di rantau ini.
Penggunaan kapal untuk bahagian hiliran dan huluan adalah masing-masing sebanyak 77 peratus dan 91 peratus berbanding tempoh sebelum ini iaitu 78 peratus dan 85 peratus masing-masing.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bahagian huluan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Kumpulan dengan mewakili 77 peratus bagi suku tersebut manakala bahagian hiliran menyumbang sebanyak 23 peratus.
“Susulan daripada prestasi pendapatan yang kukuh ini, Kumpulan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM17.5 juta, naik RM6.1 peratus berbanding RM11.4 million bagi suku yang sama tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
