Kemampuan hebat pasukan futsal Thailand memang tidak boleh dipertikaikan lagi berikutan kemampuan negara jiran itu menjadi ‘penghuni tetap’ dalam saingan Piala Dunia sejak tahun 2000.
Bagi kancah Asia pula Thailand pernah bergelar naib juara bagi edisi 2008 dan 2012 manakala lima kali berada pada kedudukan ketiga terbaik.
Artikel Berkaitan:
Sehubungan dengan itu tidak hairanlah sekiranya Thailand turut dianggap sebagai gergasi futsal di Asia bersama-sama Iran, Jepun dan Uzbekistan.
Selain daripada memiliki barisan pemain berkualiti tinggi seperti Muhammad Osamanmusa, Kritsada Wongkeao, Suphawut Thuenklang dan ramai lagi, Thailand boleh dikatakan cukup bertuah kerana mempunyai individu yang benar-benar cintakan sukan lima sebelah tersebut.
Individu dimaksudkan ialah Adisak Benjasiriwan yang bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantasi Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: