Site icon Kool FM

Kenapa Sekarang Banyak Sangat Kes Autisme? Ini Jawapan & Punca-Puncanya


1. Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi

Masyarakat kini lebih peka terhadap tanda-tanda autism. Ibu bapa, guru dan pengasuh lebih cepat menyedari tanda-tanda awal seperti kesukaran dalam komunikasi atau tingkah laku berulang. Ini membawa kepada peningkatan saringan dan diagnosis awal.

2. Kriteria diagnostik yang lebih luas
Sejak autism diletakkan dalam kategori spektrum (ASD), ia kini merangkumi pelbagai tahap — daripada kes ringan seperti Asperger’s hingga ke kes yang memerlukan sokongan tinggi. Ini bermakna lebih ramai individu kini termasuk dalam kategori ASD.

3. Akses kepada penilaian lebih baik
Dengan perkembangan sains perubatan, lebih banyak hospital dan klinik menawarkan perkhidmatan saringan awal kanak-kanak. Ini memudahkan proses diagnosis berbanding dulu.

4. Pengurangan stigma sosial
Dulu, ibu bapa takut anak mereka “dilabel” sebagai anak istimewa. Tapi kini, kesedaran dan penerimaan masyarakat semakin meningkat. Ramai ibu bapa tampil mendapatkan bantuan awal…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version