Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kenderaan Asing Dari Singapura Wajib Ada Permit Masuk Malaysia Mulai 1 Oktober

today28 May 2024

Background
Kenderaan Singapura Wajib Ada Permit Masuk Malaysia Mulai 1 Oktober


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan semua kenderaan asing dari Singapura diwajibkan mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) bermula 1 Oktober akan datang.

Peraturan itu akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura, petik Berita Harian.

Baca Juga:

Beliau berkata, penguatkuasaan VEP itu bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia.

“Sesiapa yang memandu kenderaan asing tanpa VEP sebelum memasuki Malaysia atau semasa berada di negara ini adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan seperti termaktub dalam Seksyen 119 (2) Akta 333,” katanya hari ini.

Oleh sebab itu Jabatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post