Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi mengumumkan pelantikan Kenneth Jonassen sebagai ketua jurulatih bagi sektor perseorangan lelaki negara.
Kedatangan Kenneth adalah bagi menggantikan Hendrawan yang hampir 15 tahun berkhidmat apabila kontraknya tidak diperbaharui.
Baca Juga:
Pengumuman mengenai kehadiran pengendali dari Denmark itu disahkan BAM menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan laman sosial badan induk badminton negara tersebut.
“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan kebangsaan yang baharu.”
“Selepas pencarian yang teliti, BAM telah berjaya mendapatkan khidmat Jonassen, seorang figura yang sangat dihormati dalam badminton antarabangsa.”
“Jonassen yang berusia 50 tahun mempunyai rekod cemerlang dengan memainkan peranan utama dalam membentuk legasi badminton Denmark sepanjang 13 tahun beliau sebagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: