Bekas pemain badminton ranking nombor satu dunia, Kento Momota sebentar tadi membuat pengumuman mengejutkan berhubung masa depannya dalam sukan tersebut.
Memperlihatkan kepada kemampuannya yang terbatas untuk terus bersaing hebat berhadapan pemain lain, beliau mendedahkan akan bersara daripada pentas antarabangsa sebaik sahaja tamat saingan Piala Thomas 2024 nanti.
Baca Juga:
Perkembangan terkini itu disahkan pemain berusia 29 tahun itu menurut sumber laporan laman sesawang rasmi Sukan Olimpik.
Mengulas mengenai hasratnya itu, Momota tidak menolak hakikat bahawa kemalangan dialami ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Anatarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Januari 2020 amat mengganggu prestasinya.
“Saya tidak boleh berbohong, selepas kemalangan itu saya bertanya kepada diri saya sendiri, mengapa saya (mengalaminya)?”
“Sejujurnya ia adalah satu demi satu masa yang sukar. Tetapi saya tidak mahu menyalahkan kemalangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: