Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Seperti ramai maklum, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan badan yang dikagumi dan dihormati atas tugas serta jasa mereka dalam menjaga perairan negara.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular perkongsian seorang wanita di TikTok yang didakwa seolah menjatuhkan maruah TLDM.
Segalanya bermulanya apabila beliau telah berkongsi ruang dan keadaan dalam kapal TLDM bersempena dengan Hari Terbuka Armada yang membolehkan orang awam masuk ke dalam kapal perang TLDM.
Walau bagaimanapun, tindakannya yang berlakon seolah kentut pada kapal mikrofon TLDM pada bilik kawalan utama demi konten itu telah membuat para netizen kurang senang.
Meskipun sekadar lakonan, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah TLDM malah menjatuhkan maruah diri beliau sendiri. Lebih ironi, terdapat warga TLDM yang dilihat turut berlakon menjayakan konten beliau.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: