
Datuk Misbun Sidek, nama yang tidak asing dalam dunia badminton Malaysia akhirnya membuat keputusan untuk mencurahkan bakti dan pengalaman luasnya ke peringkat antarabangsa.
Hal ini kerana Misbun yang berusia 65 tahun dikhabarkan bakal membimbing sebuah kelab badminton profesional ternama di India.
Keputusan ini sekali gus menandakan satu langkah besar dalam karier legenda badminton negara itu yang sebelum ini dengan sepenuh jiwanya menumpukan perhatian kepada pembangunan pemain muda di Malaysia.
Meskipun masih tiada pengumuman rasmi mengenai pasukan mana bakal dibimbing oleh Misbun, beberapa laporan media tempatan sudah mengeluarkan berita tersebut.
Malah, Misbun serta Kelab Badminton Nusa Mahsuri sendiri tanpa berselindung mendedahkan kepastian bahawa pemergian ke India itu adalah cerita benar.
Misi Misbun Sidek Di India
“Saya tidak boleh mendedahkan kelab mana buat masa ini, tetapi saya akan ke India. Ini merupakan pengalaman pertama saya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
