Kepakaran tempatan terus menarik minat negara luar selepas jurulatih futsal berpengalaman Malaysia, Qusmaini Noor Rusli telah dijemput untuk mencurahkan ilmunya di Korea Selatan.
Artikel Berkaitan:
Terkenal dengan penerapan metodologi futsal moden, Qusmaini telah dijemput oleh kelab saingan Liga Futsal Korea Selatan, Jeonju Made Axis Glory (MAG) selama dua minggu bagi pendedahan terhadap kaedah tersebut kepada para pemain.
Jeonju MAG memegang reputasi hebat dalam kancah futsal di Korea apabila bergelar juara enam kali saingan liga yang mula diperkenalkan pada musim 2019/20 itu.
Malah, skuad yang dimiliki serta dilatih oleh Lee Yong-jin (Instruktor Elit Futsal AFC) itu turut pernah beraksi dalam Kejuaraan Futsal Kelab AFC 2018.

Penekanan khusus terhadap futsal moden jelas mampu menjadi faktor berguna dalam usaha meningkatkan kualiti sesebuah pasukan.
Peningkatan corak permainan skuad kebangsaan Jepun dapat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: