Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keputusan Hari Pertama Aksi Wakil Negara Di BWF World Tour Finals 2025

today17 December 2025

Background
BWF World Tour Finals


Tiga daripada lima wakil negara dalam BWF World Tour Finals 2025 berjaya mencatatkan kemenangan pada aksi sulung yang berlangsung di Huzhou, China hari ini.

Juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan kempen dengan baik selepas berjaya menundukkan senior mereka, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dalam aksi ‘straight set’ 21-13, 21-13.

Kecemerlangan itu diteruskan Pearly Tan-M. Thinaah yang mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk menewaskan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 21-17, 21-11 dalam aksi selama 46 minit.

Ia merupakan kemenangan kedua dalam tujuh pertemuan Pearly dan Thinaah menentang pasangan pilihan keempat kejohanan itu.

Dalam aksi sebelah malam pula, Aaron Chia-Soh Wooi bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 22-24, 21-18, 21-19 dalam aksi yang cukup mendebarkan.

Manakala satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post