
Debaran mengenai nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, nampaknya terpaksa dilanjutkan sedikit masa lagi.
Memetik laporan Berita Harian, Keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan yang sepatutnya diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini telah ditangguhkan ke tarikh baharu, iaitu pada 13 Julai depan.
Ini bermakna, bekas Menteri Belia dan Sukan itu perlu menunggu sehingga pertengahan bulan depan untuk mengetahui sama ada beliau kekal sebagai individu bebas atau sebaliknya.
Penangguhan ini secara tidak langsung memanjangkan lagi saspens kes profil tinggi ini. Pihak pendakwaan, yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, sebelum ini telah memohon agar keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan semula.
Jika mahkamah memihak kepada pendakwaan, Syed Saddiq berdepan risiko hukuman berat yang pernah dijatuhkan ke atasnya sebelum ini.
Mengimbau kembali kronologi kes, Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
