Malaysia berdepan laluan getir dalam Piala Dunia Hoki 2026 selepas diundi bersama bekas juara, Jerman dan Belgium dalam kejohanan yang dijadualkan berlangsung 15 hingga 13 Ogos nanti.
Jerman memegang status selaku juara terbanyak dengan tiga kejuaraan Piala Dunia dimenangi.
Lebih menarik, gergasi hoki Eropah itu menewaskan Belgium pada aksi final saingan 2023 di Odisha, India. Jerman menang 5-4 menerusi penentuan pukulan ‘penalty shootout’ selepas aksi sebenar berkesudahan tanpa jaringan.
Belgium pula adalah tuan rumah bersama pada edisi kali ini dan pernah muncul sebagai juara edisi 2018 di Bhubaneswar, India.
Berdasarkan ranking dunia terkini, Belgium menghuni kedudukan kedua manakala Jerman pula di tangga keenam.

Manakala satu lagi slot dalam kumpulan B ini bakal diisi Perancis. Pasukan yang kini menghuni ranking ke-10 dunia dan merupakan juara pusingan kelayakan di Chile.
Penilaian di atas kertas memang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: