Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja buat rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi bagi masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa).
Pengumuman itu dibuat melalui Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia. Difahamkan kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.6 juta.
Bagaimanapun pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
“Tol percuma oleh kerajaan ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.
“Bagi para pengguna lebuh raya Utara Selatan (PLUS), pengguna digalakkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
