Site icon Kool FM

Kerajaan digesa naikkan cukai jualan rokok lebih tinggi  


PETALING JAYA –  Isu berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) begitu hangat diperkatakan sejak seminggu lalu dan ramai penganalisis politik termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menolak dasar berkenaan.

Beliau dalam satu sidang media di Parlimen baru-baru ini berkata, kerajaan boleh melaksanakan cukai yang lebih tinggi ke atas rokok dan bukannya menyekat golongan remaja berusia 18 tahun  daripada membuat keputusan.

“Saya tidak mengatakan bahawa ia adalah perkara yang betul untuk membenarkan generasi akan datang merokok, tetapi ia harus menjadi pilihan untuk mereka dan bukan sesuatu untuk kita ambil (daripada mereka),” katanya.

Tambah Ramanan, kerajaan berkemungkinan kehilangan hasil cukai yang mungkin datang daripada jualan rokok, dan isu privasi berkaitan pengesahan umur yang perlu dilakukan oleh penjual rokok selaras dengan memastikan pembeli dilahirkan selepas 2007.

Beliau menegaskan, dasar itu memerlukan lebih banyak kajian dan penyelidikan sebelum ia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version