Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan Dilapor Sedia Ambil Alih Pembekal Pasport & MyKad RM7.5 Bilion

today21 August 2026

Background
Kerajaan Dilapor Sedia Ambil Alih Pembekal Pasport & MyKad RM7.5 Bilion


Kerajaan dilaporkan sedang meneroka potensi pengambilalihan Datasonic Technologies Sdn Bhd, pembekal tunggal pasport antarabangsa dan MyKad negara, dalam satu urus niaga yang dinilai secara tentatif pada sekitar RM7.5 bilion.

Datasonic Technologies merupakan unit milik penuh NexG Bhd, sebuah syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama, petik The Edge Malaysia

Dalam satu kenyataan pada Khamis, NexG memaklumkan bahawa syarikat itu telah diminta oleh kerajaan untuk menyediakan harga indikatif bagi kemungkinan pengambilalihan Datasonic Technologies.

Walau bagaimanapun, syarikat itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat untuk meneruskan urus niaga berkenaan dan tiada sebarang perjanjian dicapai dengan pihak kerajaan setakat ini.

Datasonic Technologies dilaporkan memegang kontrak aktif bernilai kira-kira RM2.74 bilion dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bulan lalu dipetik sebagai berkata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post