Negeri Uttar Pradesh, India, melarang pengedaran produk dengan pensijilan halal. Ia melibatkan pengeluaran, penyimpanan, pengedaran, dan penjualan makanan, ubat-ubatan dan barangan kosmetik.
Ini dilakukan untuk mengelakkan kekeliruan. Menurut India Today, Pesuruhjaya Makanan Uttar Pradesh berkata pensijilan berkaitan makanan hanya terletak pada pihak berkuasa yang disebutkan dalam Akta Keselamatan dan Standard Makanan 2006.
Artikel Berkaitan:
Setakat ini, label halal India masih belum dikeluarkan oleh mana-mana agensi berkaitan undang-undang ini. Badan bebas mengeluarkannya seperti Halal India Private Limited Chennai, Jamiat Ulama-i-Hind Halal Trust Delhi, Halal Council of India Mumbai, Jamiat Ulama Maharashtra dan badan lain.
“Justeru, pensijilan halal produk makanan adalah sistem selari yang menimbulkan kekeliruan berhubung kualiti bahan makanan,” katanya.
“Dan ia sama sekali bertentangan dengan niat asas Akta dan tidak boleh dikekalkan di bawah Seksyen 89 Akta itu,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
