
Kerajaan Malaysia dijangka akan membawa pulang semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng oleh beberapa individu utama menerusi laporan eksklusif Berita Harian.
Antara yang menjadi tumpuan termasuklah Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid, serta ahli keluarga Jho Low. Difahamkan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat berusaha menuntut semula wang berjumlah RM600 juta daripada Tarek.
Difahamkan akaun-akaun bank milik keluarga Jho Low dijangka akan diserahkan semula kepada Kerajaan Malaysia tidak lama lagi. Segala wang dan aset daripada mereka kini sudah berada dalam “genggaman” SPRM, di mana jumlah keseluruhan yang bakal dibawa pulang dianggarkan mencecah RM5 bilion.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya kini sedang berbincang dengan beberapa negara luar, terutamanya Amerika Syarikat dan United Kingdom, untuk menyelesaikan proses pemulangan wang tersebut.
“Kita…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
