Site icon Kool FM

Kerajaan Johor Gempur Peniaga Yang Sewakan Lesen Kepada Warga Asing


Kerajaan Negeri Johor sudah memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini membatalkan serta menyenaraihitam lesen perniagaan yang sewakan kepada warga asing.

Sejak akhir akhir ini, semakin ramai warga asing yang berniaga di Johor. Dan ianya dianggap perkembangan kurang sihat kepada peniaga tempatan.

Misalnya warga asing boleh menjual barang dengan harga lebih rendah kerana mereka tidak menanggung kos yang tinggi berbanding peniaga tempatan.

Jadi tindakan peniaga yang sewakan lesen mereka kepada warga asing ini dianggap mewujudkan persaingan tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyarankan agar semua PBT mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan.

Di mana terdapat 16 PBT di Johor sudah mulai menyita dan merampas perniagaan terutama sekali gerai penjaja yang diusahakan warga asing.

Ini kerana menurutnya, Kerajaan Johor tak pernah sama sekali mengeluarkan lesen perniagaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version