Kool FM

Kerajaan Keluarkan Kos RM44 Juta Untuk Bawa Menteri Ke 236 Lawatan Luar Negara


Kerajaan Malaysia telah melaksanakan sebanyak 236 lawatan luar negara pada tahun lepas, dengan kos keseluruhan mencecah RM44 juta, lapor NST.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, lawatan ini bukan sekadar rutin, tetapi memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan diplomatik dan meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat global.

Kerajaan
Sumber: PMO

Dr Zaliha menjelaskan bahawa lawatan tersebut melibatkan kehadiran menteri-menteri dalam mesyuarat berkala dan jadual tetap yang melibatkan Malaysia sebagai ahli pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF), dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Developing-8 (D-8).

“Kehadiran mereka sebagai wakil kerajaan adalah penting untuk menunjukkan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan hubungan diplomatik dan mempromosikan kepentingan negara di peringkat antarabangsa….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version