Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan Masuk Campur, Akan Halang ‘Scalper’ Tiket Konsert Kaut Untung Melampau

today10 August 2025

Background
Kerajaan Masuk Campur, Akan Halang 'Scalper' Tiket Konsert Kaut Untung Melampau


Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menangani masalah penjualan semula tiket konsert secara haram, petik Free Malaysia Today.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata kementerian berkenaan sedang meneliti isu tersebut, termasuk kemungkinan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang bagi membanteras kegiatan itu, lapor Bernama.

Baca Juga:

“Kementerian Komunikasi juga telah berunding dengan penganjur acara dan syarikat penjualan tiket untuk mencari penyelesaian yang paling sesuai bagi isu ini,” katanya pada sidang media sempena Festival Geran Digital PKS Madani 2025 peringkat Johor di Permas Jaya, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, masalah ini paling kerap berlaku pada konsert antarabangsa berprofil tinggi, seperti konsert penyanyi rap K-pop, G-Dragon pada bulan Julai lalu.

Oleh kerana permintaan yang melambung tinggi, telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post