Menurut laporan Sinar Harian, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sokongan kepada program tersebut perlu diberikan kerana ia membuka peluang kepada umat Islam untuk lebih mendalami dan menghayati kitab suci itu.
Beliau berkata, pemilihan surah Al-Saff sebagai tema tahun ini merupakan satu langkah bijak dalam membina kekuatan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
“Al-Quran adalah pedoman dan petunjuk utama bagi umat Islam. Oleh itu, kita perlu menyambut baik sebarang usaha yang memperkukuhkan kefahaman terhadapnya,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: