PETALING JAYA – Kerajaan perlu mengambil kira potensi industri vape di negara ini yang telah pun memiliki ekosistem lengkap daripada pengilang, pembekal, peruncit dan pengguna sebelum membuat keputusan untuk mengharamkannya, gesa Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).
Ia susulan laporan media bahawa Kabinet bersetuju membentangkan akta yang bakal mengharamkan industri vape pada masa depan, melibatkan polisi yang melarang penggunaan vape kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005.
Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, larangan itu bertentangan dengan keputusan Kabinet pada 2015 untuk tidak melarang industri vape, sebaliknya akan memperkenalkan kawal selia kepada industri.

“MVIA memohon kerajaan mengkaji semula polisi ini sebelum membuat pusingan U kerana setiap langkah drastik yang diambil akan membawa kepada satu masalah yang lain.
“Kami juga memohon kerajaan menerima pendapat dan bukti santifik mengenai vape yang dibuktikan kurang risiko berbanding rokok…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: