PETALING JAYA – Kerajaan digesa mengkaji semula polisi GEG yang akan mengharamkan vape untuk individu yang dilahirkan selepas tahun 2007.
Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli berkata, polisi tersebut dilihat akan memberi kesan besar ke atas akar umbi industri vape yang dibangunkan usahawan tempatan.
Menurut beliau, baru-baru ini wakil-wakil industri dalam sesi libat urus telah bertemu dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Melalui pertemuan tersebut, Khairy memaklumkan mengenai akta yang akan dibentangkan serta industri vape yang akan dikawal selia selepas ini.
“Ini merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan pemain industri tempatan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.
Menyokong penuh cadangan kawal selia undang-undang vape itu juga, Pengasas Malaysian Vaping Movement, Ibrahim Morni berkata, polisi GEG dilihat agak drastik kerana ia bakal mengharamkan industri vape untuk jangka masa depan.
“Kami mohon…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: