Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan Salur Ganjaran Sebanyak RM1.1 Juta, Ini Agensi Paling Banyak Terima Ganjaran Lapor Rasuah

today24 September 2026

Background
Kerajaan Salur Ganjaran Sebanyak RM1.1 Juta, Ini Agensi Paling Banyak Terima Ganjaran Lapor Rasuah


Bukan mudah untuk menepis huluran wang ringgit apabila diuji dengan sogokan, lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Namun, keteguhan prinsip dan keberanian 652 penjawat awam ini membuktikan bahawa integriti masih berdiri kukuh dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia.

Atas keberanian itu, kerajaan menyalurkan ganjaran bernilai RM1.18 juta sebagai pengiktirafan sepanjang tempoh 2012 hingga 2025.

Inisiatif pengiktirafan ini merupakan kesinambungan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan pada 19 Ogos 2010 serta Surat Pekeliling Garis Panduan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara pada 11 Mei 2011.

Daripada jumlah keseluruhan penerima tersebut, seramai 529 individu diperaku menerima ganjaran wang tunai berserta sijil, manakala 123 individu lagi dianugerahkan sijil penghargaan.

PDRM Catat Penerima Terbanyak

Menurut laporan Berita harian, berdasarkan rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post