Pada akhir bulan April lalu pengeluar vaksin COVID-19, AstraZeneca mengaku vaksin miliknya memberi kesan sampingan yang jarang berlaku.
Beberapa hari kemudian, syarikat itu menarik balik penjualan vaksin COVID-19 di seluruh dunia secara sukarela.
Baca Juga:
Di media sosial, ramai orang Malaysia meluahkan rasa bimbang sekiranya menjadi salah seorang yang menerima kesan sampingan tersebut.
Bagaimanapun, pihak kerajaan memberi jaminan akan bertanggungjawab merawat penerima vaksin COVID-19, lapor Berita Harian.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kerajaan memiliki semua data berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19.
Tambah beliau, kerajaan juga mempunyai kaedah untuk merawat kesan sampingan terbabit.
“AstraZeneca telah memanggil (tarik balik) vaksin mereka dan ini adalah (fenomena) global.
“Apa yang kita mahu pastikan adalah kalau ada sesiapa yang ada terbukti ‘evidence base‘ yang terkait dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
