Kerajaan Sepanyol kini merancang untuk memboikot Piala Dunia 2026, jika Israel layak dan beraksi dalam kejohanan itu.
Ahli politik dari kumpulan Sosialis, Patxi Lopez bercakap di Kongres, menyatakan bahawa, ianya adalah cara terbaik Sepanyol menunjukkan kepada dunia pendirian mereka tentang isu kemanusiaan.
Pendirian kerajaan Sepanyol kini semakin jelas bahawa, negara itu tidak menyokong sama sekali apa yang sedang dilakukan Israel di Gaza yang dianggap sebagai jenayah genosid.
Jurucakap parti Sosialis bertekad akan menyampaikan perkara itu kepada RFEF (FA Sepanyol) agar pasukan kebangsaan negara itu tidak bermain di dalam Piala Dunia yang ada Israel.
Parti Sosialis Sepanyol (PSOE) adalah kerajaan sekarang di Sepanyol dalam kerajaan campuran.
Buat masa ini Sosialis menyatakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat keadaan di pusingan kelayakan. Di mana Israel masih lagi berada di tempat ketiga dalam kumpulan kelayakan yang turut dihuni Norway…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: