Bagaimanapun, Alexander berharap agar semua pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan diskaun tol itu dengan sebaiknya dan dapat merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya khususnya pada cuti panjang musim perayaan ini.
Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dan meneliti beberapa panduan pergerakan sebelum memulakan perjalanan.
“Panduan itu termasuklah mengikut jadual waktu perjalanan oleh syarikat konsesi lebuh raya, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, memastikan baki e-dompet dan Kad Touch & Go selain bateri smart-tag mencukupi, menggunakan pautan paparan CCTV Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keadaan lebuh raya sebagai panduan sebelum dan semasa perjalanan.
“Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan semasa di lebuh raya dan menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: