Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan satu berita gembira apabila bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Jelasnya, keputusan yang sukar ini membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Baca juga: Tidak Boleh Bergantung Tabung KWSP Setiap Kali Bencana
KERAJAAN UMUM KEBENARAN PENGELUARAN SIMPANAN KWSP RM10,000

Menurut laporan Harian Metro, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.
“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: