Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) sebentar tadi telah mengumumkan berita gembira pemberian tol percuma selama dua hari bersempena perayaan Krismas.
Pemberian tol percuma itu akan bermula pada 23 Disember (Sabtu) jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam. Hari kedua (Selasa) pula pada 26 Disember bermula 12.01 pagi hingga 11.59 malam.
Artikel Berkaitan:
Pengumuman rasmi yang boleh dikatakan menggembirakan rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman itu dibuat oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
“Selaras dengan semangat perpaduan Malaysia Madani, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama DUA hari kepada para pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Krismas yang akan disambut pada 25 Disember 2023.”
“Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui mesyuarat bersama – sama dengan syarikat konsesi juga telah bersetuju dengan pelaksanaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: