
Legenda Brazil, Roberto Carlos mendedahkan dia pernah kehilangan hampir keseluruhan kekayaan yang dikumpul sepanjang karier bola sepaknya.
Bekas pertahanan Real Madrid itu berkata dia kehilangan kira-kira 99 peratus daripada segala pendapatan yang diperolehnya selepas berdepan masalah melibatkan ejen dan keluarganya.
“Saya mempunyai masalah dengan individu yang mengosongkan akaun bank saya. Disebabkan masalah dengan ejen dan keluarga, saya kehilangan 99 peratus daripada segala yang saya peroleh daripada bola sepak,” katanya ketika bercakap di Portugal Football Summit.
Roberto Carlos, 53, yang membantu Brazil memenangi Piala Dunia 2002, dipercayai mengumpul kekayaan lebih €160 juta sepanjang kariernya.
Namun, hampir keseluruhan hasil tersebut lenyap akibat masalah kewangan yang dialaminya.
“Saya mempunyai masalah yang sangat serius dengannya. Saya juga mempunyai masalah keluarga yang sangat serius. Pada malam Khamis, saya tidur pada tengah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
